Pages

Friday, December 17, 2010

AWET MUDA..

salam...
halo2.........

bersyukur kita kerana masih blh bernafas di bumi ALLAH ini...
Allahuakbar! segala puji-pujian untuk mu Ya ALLAH...

ok kawan2, hari ni ifa nak berkongsi mengenai sebuah buku yg sgt2 menarik & mempunyai ilmu yg sgt byk utk d kongsikan bersama.

tajuk buku: solat & keajaibannya
penulis: Dato' Ishak Baharom (allahyarham) & Azrul Hakim Suradi
penerbit: Anbakri Publika Sdn Bhd

buku ni sy beli masa awal thn (x abes baca lg pon, sbb skip2... hehehe)

namun bg pandangan sy, buku ini amat la berguna sbb byk menyigkap rahsia2 &keajaiban solat berdasarkan Quran, hadis dan kajian2 saintifik yg telah di jalankan.

haaa... secara tidak langung, buku ini mampu menarik minat kita untuk menunaikan solat (bkn dulu tak solat, tapi bila baca buku ni anda akan lebih suka utk bersolat... ish xtau la nak explain mcm mana... huuuuhu ) jadi mungkin anda perlu menjadikan buku ini 1 drpd koleksi peribadi anda.selain novel2 yg dah bertimbun kat rumah tu =) yelah.. santapan rohani juga perlu bukan....

buku ni digarap dengan teratur bermula dgn maksud solat, segala hal berkaitan solat, wudhu, kisah berkaitan solat sahabat dll...

salah satu topik yg menarik dlm buku ini adalah mengenai Keajaiban solat...



sy tertarik utk berkongsi topik ini kerana sblm ni, sy x penah tau & sy nak kongsikan ilmu ini bersama anda.

adakah anda tahu bahawa solat memberikan kesan awet muda????
haaa... iyee... betol.. cuba anda lihat kebanyakan ahli ulama atau mereka yg warak, kita dapat lihat dr seri muka mereka ketenangan & nur2 yg bercahaya terserlah. btol x? haa...
ini adalah kerana solat itu mampu menenagkan jiwa. bila jiwa tenang, hati tenteram, muka pon berseri. bkn gitu? =) ni lah rahsia awet muda!

1 fakta yg menarik yg dikongsi oleh penulis adalah apabila kita solat dgn khusyuk, ini akan mengaktifkan hormon melatonin yg ada dlm bdn. dimana ianya menjadiakan wajah lebih muda berseri =).

apa itu melatonin??
hormon yg penting dalam memastikan peredaran beberapa fungsi biologikal berjaln lancar.

faham?
hahhaha... ok sy x tau la apa menda tu.. tapi dulu sy penah buat presentation "how to have a good night sleep" bdasarkan artikel yg sy baca, ianya ada menyentuh mengenai hormon melatonin ni. dimana semasa kita tidur, kita perlu memastikan kita tidur dalam keadaan yg gelap/kurang cahaya lampu.
kenapa?
sbb cahaya2 ni mampu mengganggu-gugat penghasilan hormon ni.
kenapa pulok?
sbb hormon ni penting utk bantu kita tidur...
jadi, anda pikir2 kan lah perkaitannya sendiri dgn awet muda ye ^_^
(mungkin byk lg fungsi hormon ni..... )

ok DR.ifa.. blk balik topik asal yee.. =)
jd kawan2...seboleh2nya kita cubalah uk solat berjemaah yee.. byk sket pahala & fadhilatnya.. jgn sesekali cuba tinggal solat ye kawan! BERDOSA BESAR!. lagipon solat ni terkandung dalam rukun islam dimana kita sebagai umat islam, wajib melakukanya.. biar sesibuk mana pon anda, cari masa utk bersolat. walau sakit mcm mana pon anda, jgn tinggal solat kerana islam ada rukshah (kemudahan) dlm beribadat.

kita rujuk kpd surah Luqman ayat 17-18 dimana Luqman al-Hakim telah berpesan beberapa perkara kpd ank2nya.. ingat x? dulu ayat ni ada masa SPM kn2???

1. dirikan solat
2. cegah perkara2 mungkar
3. sabar dgn dugaan hidup
4. jgn sombong

penulis ni pon buat kesimpulan, nak jadi muda x susah...
berwudhuk dgn sempurna +solat dgn sempurna = awet muda u!
x yah susah nak suntik & bedah sana sini, make up tebal2.. hanya wudhuk n solat saja.. jimat kos! walaaaah....

antara keajaiban2 solat yg lain adalah ianya menguatkan tulang, tingkatkan kekebalan tubuh, hikmah sujud (sgt byk...) & dll.. ni dalam bab 13: keajaiban solat.. banyak lagi ilmu dlm bab2 lain.. buku ni ada 154 muka surat jer.. novel lg tebalkn... *_^

sape2 yg dok dekat ngan sy klo nk pinjam buku ni pon boleh jer... yg jauh, maaf la yeee.. tp x rugi anda jadikan buku ni slah satu koleksi peribadi anda.

sy bkn dibayar utk mempromosi buku ni ye uolzz. just nak kongi ilmu yg ada dlm buku ni.. ikhlas krn ALLAH taala..


sekian la tazkirah jumaat sy =)
semua pengkongsian ini utk renungan diri sy sendiri & anda. mana yg baik, amalkan & sebar2kna.. yg buruk itu kelemahan sy, tegur2 laa krn sy insan biasa.. yg baik dr ALLAH.. kelemahan itu dtg dr saya... moga perkongsian ini memberi manfaat utk semua...

salam Maal Hijrah (x terlambatkan ^_^ )
& terima kasih daun keladi kpd anda yg sudi menjeguk2 blog saya ni.. lain kali jenguk lagi ye

p/s: klo saya rajin nanti sy kongsikan lagi ilmu2 dlm buku ni or buku lain yee.. insyaALLAH..

No comments:

Post a Comment